Amalan 5S


5S merupakan istilah asal dalam bahasa Jepun dan kemudian diterjemahkan ke bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
  • Sisih
  • Susun
  • Sapu
  • Seragam 
  • Sentiasa amal

Bahasa
Jepun
Bahasa
Melayu
Bahasa Inggeris
Seiri
Sisih
Sort
Seiton
Susun
Set in Order


Sisih  

 

Bahasa Jepun:seiri
Bahasa Melayu:sisih
Bahasa Inggeris:sort

Maksud: 
Menyisihkan barang-barang yang tidak perlu iaitu mengasingkan dan melupuskan barang-barang yang  tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik. 

Contoh:
Membuang sampah




Sisih merupakan aktiviti melibatkan pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan ditempat kerja. Aktiviti sisih melibatkan :

i)             Item yang tiada nilai dan senang dibuang perlu dibuang segera.


ii)            Item yang ada nilai tapi tidak digunakan dan tiada kegunaan masa akan datang maka dihapuskan /dijual mengikut prosedur.


iii)           Item tiada nilai tapi kos pelupusan tinggi untuk dilupuskan perlu menentukan kaedah/kos yang paling rendah. 






Susun


Bahasa Jepun:seiton
Bahasa Melayu:susun
Bahasa Inggeris:set in order


Maksud:
Kekemasan iaitu menyusun barang-barang yang diperlukan secara kemas dan sistematik supaya mudah diambil dan dikembalikan di tempat asal selepas digunakan. 


Contoh:
  • Mencapai dokumen dalam tempoh 30 saat.
  • Indah mata dipandang oleh orang lain. 
Susun adalah merujuk kepada prinsip ‘Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya’. Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat. Aktiviti ini melibatkan :

i)             Penyusunan item dalam aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu Keluar Dulu).
ii)            Melabelkan dan mengindeks nama dan nombor pada item.
iii)           Menyimpan item mengikut kategori.
iv)           Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat.
v)            Semasa bekerja fail aktif dan bahan rujukan semasa sahaja berada di atas meja.selepas digunakan fail dan item perlu disimpan semula ke tempat asal. 









Sapu


Bahasa Jepun:seiso
Bahasa Melayu:sapu
Bahasa Inggeris:shine


Maksud:
Pembersihan adalah aktivit membersihkan dan memeriksa tempat kerja secara terperinci supaya tiada debu atau kotoran di atas lantai, peralatan dan persekitaran tempat kerja.


Contoh:
Menyapu sampah di sekitar kawasan.

Tindakan menyapu boleh  diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja. Aktiviti ini melibatkan :

i)             Menetapkan pemilik bagi ruang/perkakas dan mesin.
ii)            Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
iii)           Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan.



Seragam


Bahasa Jepun:seiketsu
Bahasa Melayu:seragam
Bahasa Inggeris:standardise


Maksud:
Dengan keseragaman dapat mewujudkan piawaian amalan terbaik di tempat kerja dan memastikan piawaian tersebut dipatuhi di samping memastikan tempat kerja itu bersih dan teratur sepanjang masa. 


Contoh:


Melabelkan tempat penyimpanan peralatan dan dokumen dengan jelas.




Keseragaman ialah mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa tindakan yang diambil untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format. 




Sentiasa Amal


Bahasa Jepun:shitsuke
Bahasa Melayu:sentiasa amal
Bahasa Inggeris:sustain


Maksud:
Dengan disiplin dapat melatih pekerja untuk mengamal sistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja organisasi. 


Contoh:
Sentiasa mengamalkan amalan 5s dimana mana sahaja.

Tindakan yang diambil untuk mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk mempertingkatkan amalan 5S.
Aktiviti ini melibatkan :

i)             Audit dalaman dilakukan secara berkala.
ii)            Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan.
iii)           Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh warga Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
iv)           Mengadakan program kesedaran amalan 5S secara berterusan melalui latihan.