Pengenalan 5S

Tujuan garis panduan ini disediakan bagi memberi panduan kepada warga
Bahagian  Hal Ehwal Pelajar dalam melaksanakan Amalan 5S bagi menghasilkan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan kondusif. Garis panduan ini adalah sebagai piawaian tindakan kebersihan, kekemasan dan keselamatan secara minima sahaja namun pemakaiannya adalah tertakluk kepada kesesuaian di peringkat zon.

Amalan 5S telah diamalkan di sektor kerajaan dan swasta untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal dan dengan itu mengurangkan pembaziran dari segi masa, ruang dan sebagainya, justeru menjimatkan kos operasi.